followers

Monday 28 January 2013


Salam murid-murid 3 Melati kemungkinan pada minggu hadapan cikgu tidak akan berada di sekolah untuk 2 minggu kerana cikgu akan berkhusus di Kuantan, Pahang.

Jadi, cikgu ingin memberi sedikit kerja rumah untuk kamu semua sepanjang ketiadaan cikgu nanti dan hantar pada 4.02.2013 iaitu pada hari isnin.

Latihan Tatabahasa - Kata Adjektif

isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
 
1.       Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.

A.      tumpul                 B. baharu             C. tajam                               D. panjang
 

2.  Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.

A.      jauh                      B. dekat               C. hampir                             D. samping
 
3.    Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
A.      manis                   B. masam            C. pahit                                 D. masin
4. Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya. 
A.    gopoh              B. lampat         C.cepat                       D. cermat

Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
kerana             sementara       sambil              tetapi               lalu                  agar                sejak
1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.












Tuesday 8 January 2013



Latihan 3

Tatabahasa 

Arahan : Bina  tiga ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan di bawah. Senaraikan empat pengajaran yang terdapat di dalam bahan rangsangan di bawah





 Sila hantar kepada Cikgu Haryaneh pada 18 januari 2013




Latihan 4

Pantun 

Arahan : sila hayati video  ' Hikayat Sang Kancil dan Buaya'  di bawah


1.1 Berdasarkan bahan ransangan di atas, huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.

sila siapkan dalam buku latihan Bahasa Malaysia dan hantarkan kepada Cikgu Haryaneh pada hari  Jumaat 18. 01. 2013.




Sila hantar kepada saya pada 16 januari 2013.

LATIHAN 2

Nilai-nilai murni

Arahan : senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun empat kerat di bawah.




                                       Terbang tinggi si rama-rama,
                                 Singgah sebentar di batang cempaka;
                               Rupamu menawan bak bulan purnama,
                                       Menjadi penawar dikala duka.

                                  Pohon mempelam sudah berbuah,
                                           Pohon kelapa bila lagi;
                                     Sudah dapat si gading bertuah,
                                     Tanduk sudah tak berguna lagi.

                                                  Terbang tinggi si layang-layang,
                             Tersangkut di dahan tangan tak sampai;
                                    Hati terkenang wajah terbayang,
                                     Apakan daya hasrat tak sampai.



 
 
sila hantar kepada cikgu pada hari khamis 12.01.2013


















Monday 7 January 2013

LATIHAN 1

Karangan Profil

Arahan : Berdasarkan gambar ransangan berikut, bina sebuah karangan pendek 
              bertajuk " Aku Bunga Rafflesia". Panjang karangan antara 100-150 patah perkatan.
             


 Rajah 1 : Bunga Rafflesia

Sila hantar kepada saya pada hari Isnin 14 haribulan januari 2013





Sunday 6 January 2013

Assalamualaikum & Selamat datang....
setelah sudah lama bercuti akhirnya berjumpa lagi dengan keizinan-Nya...